Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Juruwang wanita pecah amanah

8:57pm 16/01/2016 Ann Vivien 94 views Jenayah,Tempatan

court

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini  menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan bermula tarikh sabitan ke atas seorang juruwang wanita, 24, yang melakukan pecah amanah, tahun lepas.

Mulyani Syamsuar mengaku bersalah di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus atas kesalahan tersebut yang dilakukannya di pejabat Safeguards G4S Sdn Bhd cawangan Tawau pada 23 Disember 2015, bersama rakan yang masih bebas bernama Erdianus Dominikud.

Tertuduh sebagai juruwang di syarikat itu, diamanahkan dengan bungkusan beg plastik berisi wang tunai note RM100 berjumlah RM1 juta untuk tujuan pengiraan dan persediaan wang untuk dimasukkan ke dalam mesin Automatic Teller Machine (ATM).

Mulyani melakukan pecah amanah dengan mengambil RM20, 000 daripada jumlah wang tersebut dan kemudiannya membahagi dua bersama rakannya yang masih bebas berjumlah RM10, 000 tiap seorang untuk kegunaan sendiri.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan disebat dan denda, jika sabit kesalahan. Inspektor Zakariah Kirinu tampil sebagai pegawai pendakwa kes.- Oleh  Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan