Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Juruterbang mungkin terperangkap dalam helikopter

3:30pm 08/05/2016 Pak Roshan 1214 views Isu Semasa,Mutakhir
OPERASI mencari dan menyelamat masuk hari ketiga di Jeti Pasar Lingga hari ini. Anggota skuba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersiap sedia menjalankan operasi mencari dan menyelamat hari ini. - Foto BERNAMA

OPERASI mencari dan menyelamat masuk hari ketiga di Jeti Pasar Lingga hari ini. Anggota skuba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersiap sedia menjalankan operasi mencari dan menyelamat hari ini. – Foto BERNAMA

SRI AMAN: Jasad juruterbang helikopter yang terhempas di hulu Sungai Batang Lupar, Kapten Rudolf Rex Ragas tang masih belum dijumpai dan berkemungkinan besar masih berada dalam bangkai utama helikopter.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman, berkata usaha menjejaki bangkai utama helikopter itu kini menjadi keutamaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Khidmat pasukan penyelam juga katanya, akan dikerah ke lokasi berpotensi di mana bangkai helikopter itu berada selepas membuat pemetaan di kawasan terbabit termasuk meneliti arus benak dasar sungai.

“Kemungkinan masih di dalam badan utama helikopter, mungkin tersekat (tidak sempat keluar) sebab pakai tali pinggang,” katanya.

Beliau juga berkata, pukat tunda akan digunakan dalam operasi mencari satu lagi jasad serta bangkai utama helikopter, bagaimanapun perlu mendapatkan nasihat Jabatan Perikanan terlebih dulu bagi meneliti kesesuaian pukat.

“Kita akan teliti dengan mendapatkan pandangan jabatan terbabit. Kita tidak mahu penggunaan pukat ini menjejaskan nelayan tempatan dan tangkap ikan-ikan kecil.

Kita guna pukat dibenarkan bukan yang haram,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Operasi SAR di jeti Lingga, di sini.Terdahulu beliau diberi taklimat serta penerangan ringkas mengenai operasi anggota SAR, selain berkesempatan membuat tinjauan udara di kawasan utama pencarian di hulu Sungai Batang Lupar, di Lingga.

Setakat ini juga, beliau berkata, operasi SAR babitkan pelbagai agensi mencari tidak akan dihentikan, malah jumlah anggota dan aset lojistik akan diganda dengan fokus carian masih kekal iaitu di darat dan sungai.

“Pagi ini beg galas jenama Camel ditemui selain penemuan serpihan helikopter pada jam 8.50 pagi serta kerusi helikopter pada jam 9.40 pagi.

“Penemuan ini serta serpihan yang lain, begitu membantu kita untuk menentukan di mana bangkai utama helikopter ini berada. Kita juga sedang kaji untuk mendapatkan lokasi berpotensi bangkai itu. Ia sedikit waktu ini sebab ada arus benak yang laju di dasar sungai,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan