Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Juruterbang Mogok, Rayani Air Digantung Operasi Serta-Merta

2:16pm 09/04/2016 Pak Roshan 4204 views Mutakhir,Nasional

ra

TIDAK sampai lima bulan operasi, syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah Malaysia,  Rayani Air telah menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.

ad_191401847rayaniair

Menurut pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran, penggantungan ini dibuat bagi aktiviti penstrukturan semula syarikat.

“Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

“Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula,” katanya.

Jelas Ravi lagi, pegawai syarikatnya telah dimaklumkan perkara ini menerusi emel.

Dalam emel itu, Ravi meminta pegawainya supaya mengarahkan bahagian masing-masing menghentikan operasi dan ‘mengira semula aset syarikat’.

“Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada [email protected] atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang),” ujar Ravi.

Dalam pada itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya.

Akibat tindakan mogok juruterbang itu menyebabkan beberapa penerbangan Rayani Air dibatalkan.

Difahamkan, tiga penerbangan dari Kuala Lumpur yang dijadualkan terbang ke Langkawi (RN182), Kota Kinabalu (RN130) dan Kuching (RN154) pada Jumaat telah dibatalkan.

Insiden ini juga membuatkan penumpang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan itu menerusi laman sosial ekoran pembatalan dibuat beberapa jam sebelum penerbangan dijadualkan berlepas.

 

Sumber: mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan