Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jurukimpal maut, 3 rakan sesak nafas terhidu gas

jurukimpal

CHUKAI: Seorang jurukimpal maut manakala tiga rakannya sesak nafas terhidu gas ketika sedang membaik pulih paip gas di loji gas PETRONAS di Kertih, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, Muhammad Firdaus Hassan, 26, bersama tiga rakannya rebah sebaik terkena semburan gas bocor itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, siasatan mendapati mangsa yang cedera di muka dan leher meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa keluar dari loji berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi selepas melepasi beberapa kawalan keselamatan pihak PETRONAS sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
“Jenazah mangsa yang berasal dari Kampung Pulau Serai, Dungun itu dituntut ibu bapanya kira-kira jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya.
Sementara itu bapa mangsa, Hassan Husin, 53, berkata, dia terkilan kerana sudah beberapa hari tidak menemui anak sulungnya itu.

“Kebetulan kelmarin saya bekerja syif malam dan sebaik pulang, dia sudah pergi kerja. Sudah banyak hari saya tidak bertemu dengannya,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kemaman, semalam.

Komen


Berita Berkaitan