Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jurujual Didakwa Bergiat Sebagai Bookie Piala Dunia 2014

bookie

IPOH, 11 Julai (Bernama) — Seorang jurujual hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan bergiat sebagai bookie untuk mengaturkan pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2014.

 

Tan Boon Chuan 39, dari Taman Tai Lee di sini didakwa melakukan kesalahan itu di kaki lima Restoran Rahim, No. 48 A, Selasar Rokam 11, Taman Ipoh Jaya di sini pada pukul 4.15 pagi, 26 Jun lepas.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 dan boleh didenda tidak lebih RM200,000 dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Haslinda A. Raof menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 26 Ogos ini.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa manakala Tan diwakili peguam Meor Shaazizi Meor Shaari.

 

Komen


Berita Berkaitan