Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Juragan Indonesia Ditahan Cuba Seludup Keluar Minyak Diesel

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan seorang lelaki warga Indonesia selepas cuba menyeludup keluar 14 tong minyak diesel menggunakan bot jongkong di perairan Sungai Melayu, pagi semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Tawau, Komander Maritim Romli Mustafa berkata lelaki dipercayai juragan berumur 30 tahun itu ditahan pukul 10.45 pagi ketika APMM yang membuat rondaan, mengesan sebuah bot yang mencurigakan.

Bot itu disyaki sedang menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia dari Jeti Batu 3 di sini.

“Pemeriksaan awal mendapati bot itu membawa muatan bongkah polisterin serta tong ikan kosong.

“Namun pemeriksaan lanjut menjumpai 14 tong jerikin minyak diesel (240 liter) yang tidak memiliki sebarang dokumen sah disembunyikan di ruang bawah bot tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bot dan juragan itu kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Dalam pada itu, Romli meminta penduduk tempatan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti yang menyalahi undang-undang khususnya di perairan Tawau dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-750116 atau talian bantuan kecemasan MERS 999. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan