Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Juragan Bot Cuba Seludup Barang Kawalan Ditahan

SEBAHAGIAN barang kawalan yang di rampas PPM Tawau di kawasan perairan Laut Sungai Tongkang dekat sini petang semalam. – Foto ihsan PPM Tawau

 

TAWAU, 7 Dis – Seorang juragan sebuah bot gagal menyeludup keluar barang kawalan bernilai RM13,110 selepas ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau di perairan Sungai Tongkang, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata sepasukan anggota PPM yang menjalankan rondaan harian di kawasan itu terserempak sebuah bot mencurigakan dari laut Sungai Tongkang menuju ke sungai Haji Kuning, kira-kira 6.30 petang.

“Sepasukan anggota PPM yang diketuai Norazmi Mansor menahan dan memeriksa lanjut bot itu, menemukan 38 tong LPG (RM7,600), 950 kilogram minyak masak (RM2,850) dan 950 kg gula Prai (RM2,660) di dalam bot itu.

“Pemeriksaan seterusnya mendapati juragan berkenaan gagal menunjukkan dokumen atau lesen perniagaan dan lesen kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membawa barangan terkawal itu yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata juragan tempatan berusia 28 tahun bersama barang rampasan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

SEBAHAGIAN barang kawalan yang di rampas PPM Tawau di kawasan perairan Laut Sungai Tongkang dekat sini petang semalam. – Foto ihsan PPM Tawau

Komen


Berita Berkaitan