Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Juragan, 6 PATI ditahan cuba masuk ke Sabah

PENDATANG asing tanpa izin yang ditahan selepas cuba memasuki negara ini secara haram menerusi perairan Kuala Batu 3, di Sandakan. – Foto ihsan PPM Sandakan

SANDAKAN: Seorang juragan warga Filipina ditahan kerana cuba menyeludup enam pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini menerusi perairan Kuala Batu 3 di sini, malam tadi.

Juragan berusia 52 tahun itu dari Pulau Taganak, Filipina bersama enam PATI berusia antara 15 hingga 52 tahun ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Pegawai Memerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, Asisten Superintendan Mazre Che Mahmod, berkata sepasukan anggotanya membuat rondaan di perairan berkenaan sebelum terserempak dengan sebuah bot laju yang tiada nombor pendaftaran.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit membawa enam penumpang yang tiada pengenalan diri dipercayai dibawa masuk secara haram ke daerah ini.

“Juragan juga tidak memiliki pengenalan diri yang sah. “Mereka dibawa ke markas operasi PPM untuk siasatan lanjut, manakala bot dan enjin dianggarkan kira-kira RM32,000 dirampas,” katanya di sini, sebentar tadi.

Mazre berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Akta 670 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan