Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jupe terima ijazah undang-undang

AYU (kiri) bergambar dengan Jupe selepas majlis konvokesyen selebriti itu.
AYU (kiri) bergambar dengan Jupe selepas majlis konvokesyen selebriti itu.

Jakarta: Walaupun kerjaya sebagai selebriti terkenal sangat sibuk, tetapi ia tidak sesekali melunturkan semangat penyanyi popular Indonesia, Julia Perez menuntut ilmu.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe membuktikan ilmu itu penting apabila dia antara penerima Ijazah Undang-undang di majlis konvokesyen Universiti Bung Karno, di sini semalam.

Sekeping gambar Jupe, 35, yang lengkap memakai jubah konvokesyen bersama rakannya yang juga selebriti terkenal, Ayu Ting Ting dimuat naik di laman Instagram.

“Tahniah kakak, akhirnya apa yang diimpikan sudah tercapai.

“Selamat hari konvokesyen dan semoga lebih berjaya di masa depan,” kata Ayu di laman Instagram itu.

Gambar itu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat Jupe dan Ayu.

Ramai peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Belah Duren berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan