Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jupe belajar mengaji dengan ustaz Arab Saudi

JULIA Perez
JULIA Perez

Jakarta: Aktres popular Indonesia, Julia Perez mengambil seorang guru al-Quran dari Arab Saudi untuk mengajarnya mengaji.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe mengambil keputusan belajar mengaji sempena Ramadan ini.

Katanya, dia mengambil guru al-Quran dari Arab Saudi kerana tidak mahu digosipkan sekiranya mengambil guru tempatan.

“Saya sudah penat kerana setiap kali saya berbaik dengan lelaki tempatan pasti ada yang menuduh kami bercinta.

“Jadi, saya terus mengambil guru al-Quran dari Arab Saudi saja,” katanya.

Menurutnya, selain pakar al-Quran, guru dari Arab Saudi itu juga kacak.

“Sudah tentu dia kacak kalau tidak saya tidak akan mengambilnya menjadi guru,” katanya sambil tersenyum.

Menurutnya, guru itu mengajarnya mengaji al-Quran secara peribadi setiap kali dia mempunyai waktu terluang.

“Walaupun penat selepas bekerja, saya mahu mengisi waktu terluang dengan perkara bermanfaat seperti mengaji,” katanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan