Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Junaidi Abdul Rahman bukan lagi Ketua Penerangan UMNO bahagian Kota Kinabalu sejak 2016

Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Hamdain Diego.

KOTA KINABALU: UMNO bahagian Kota Kinabalu menyatakan bahawa Junaidi Abdul Rahman bukan lagi Ketua Penerangan UMNO bahagian Kota Kinabalu.

Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Hamdain Diego berkata, Junaidi telah meletak jawatan sejak Februari 2016 dan jawatan Ketua Penerangan UMNO bahagian Kota Kinabalu, kini disandang oleh Bahrul Razha Chuprat sejak tahun 2016.

“Junaidi Abdul Rahman telah melepaskan jawatan beliau pada Februari 2016 dan telah digantikan oleh Bahrul Razha Chuprat pada tahun Mac 2016 dan kini adalah Ketua Penerangan UMNO bahagian Kota Kinabalu dan, yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu bagi menjelaskan dakwaan yang dikeluarkan melalui Portal Berita Online baru-baru ini yang menyatakan “turut menyertai Warisan ialah Ketua Penerangan UMNO Kota Kinabalu”.

Mengulas mengenai Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan baru-baru ini, Faisyal menyifatkan segmen khusus kepada Sabah dan Sarawak yang begitu terperinci dalam Manifesto BN, mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam membangunkan kedua-dua negeri.

“Manifesto itu mempunyai visi jangka panjang dengan pengisian sempurna dan komprehensif, membawa rakyat melintasi sasaran sebagai negara maju pada 2020,” ujarnya.

Tambah beliau,  jentera UMNO bahagian Kota Kinabalu Kota Kinabalu sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Parlimen Kota Kinabalu, selaras pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sabah pada 7 April lalu.

Daftar pemilih Parlimen 172 Kota Kinabalu berjumlah 56,703 orang, Dun N. 14 Likas 15,153 pemilih, Dun N.15 Api Api 19,303 dan Dun N.16 Luyang 21,852 dan  Parlimen Kota Kinabalu mempunyai 21 pusat daerah mengundi./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan