Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,811

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumpa suami meninggal dalam bilik

4:49pm 26/12/2015 Leolerry Lajius 2025 views Tempatan

received_1026225897437688

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 40 tahun dijumpai terbaring di atas tilam dan dipercayai telah mati dalam kejadian di Hostel Read Palm Tingkat 1, Jalan Gaya Kota Kinabalu.

Mangsa ditemui oleh pihak polis selepas dimaklumkan oleh seorang pengadu yang juga isteri kepada mangsa apabila mendapati pintu bilik mangsa dalam keadaan terkunci dan tercium bau busuk dari dalam bilik tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan lanjut telah dijalankan dengan merakam percakapan pengadu dan menurut keterangan, pengadu telah pergi ke Sandakan selama dua hari sejak 23 December kerana melawat ibu pengadu yang menghidapi kanser.

Kali terakhir pengadu melihat mangsa adalah pada hari pengadu pergi ke Sandakan kerana mangsa yang menghantar pengadu dan kali terakhir pengadu berhubung dengan mangsa melalui talifon adalah pada jam 6 pagi 24 December dan mangsa ada mengadu sakit di bahagian dada.

“Pada 25 December apabila sampai di tempat kejadian, pengadu terus menghubungi 999 apabila pintu bilik berkunci dan tidak dibuka setelah beberapa kali diketuk serta ada berbau busuk daripada dalam bilik. Mengikut pengadu, mangsa ada menghidap penyakit kencing manis dan penyakit darah tinggi dan bergantung pada ubat yang diberikan. Mangsa juga masih menerima rawatan lanjut daripada pihak Hospital dan Klinik Swasta. Pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa, tiada kesan kecederaan ditemui pada bahagian luaran,”katanya.

Mangsa telah di bawa ke bilik mayatHospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan