Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jumpa mayat dalam parit

MAYAT ditemui di dalam parit di Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu.
MAYAT ditemui di dalam parit di Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu: Mayat lelaki ditemui dalam parit berhadapan restoran makanan segera di Jalan Tuaran By Pass di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Arsad beralamat di Sandakan ditemui lengkap berpakaian oleh orang awam pada 9.15 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Difahamkan, mangsa sudah meninggal dunia kira-kira enam jam lalu, sebelum mayatnya ditemui.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Anggota polis masih menjalankan siasatan punca sebentar kematian mangsa terbabit,” katanya. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan