Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumpa cucu lemas dalam baldi

10:06am 26/12/2015 Pak Roshan 848 views Mutakhir,Nasional
MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. FOTO Mohd Hilmi Mahmud ]

MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. FOTO Mohd Hilmi Mahmud

Balik Pulau: Bayi perempuan 10 bulan maut apabila terjatuh dan lemas di dalam baldi berisi air di rumahnya, di Taman Genting Emas, di Simpang Empat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6 pagi itu, Nur Dayana Sofia Islahuddin dipercayai merangkak ke bilik air di rumahnya seorang diri sebelum terjatuh ke dalam baldi berkenaan.

Selepas terjatuh di dalam baldi tersebut, mangsa dipercayai tidak dapat keluar dan lemas.

Mangsa yang sudah meninggal itu ditemui oleh datuknya yang bangun untuk berwuduk bagi mendirikan solat subuh.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.- myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan