Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumpa cebisan tubuh, kerusi pesawat

9:21am 21/05/2016 Pak Roshan 3306 views Global
Juruterbang pesawat MS804 EgyptAir, Kapten Mohamed Said Ali Ali Shoukair baru dinaikkan pangkat empat hari sebelum pesawat itu terhempas dan pembantu juruterbang, Mohammad Mamdouh Assem (tengah) manakala kiri sekali, pramugari Samar Ezz Eldin, 27, antara mangsa. - Foto Daily Mail

Juruterbang pesawat MS804 EgyptAir, Kapten Mohamed Said Ali Ali Shoukair baru dinaikkan pangkat empat hari sebelum pesawat itu terhempas dan pembantu juruterbang, Mohammad Mamdouh Assem (tengah) manakala kiri sekali, pramugari Samar Ezz Eldin, 27, antara mangsa. – Foto Daily Mail

Kaherah: Kementerian Penerbangan Awam Mesir mengesahkan bahagian tubuh manusia dipercayai penumpang atau anak kapal pesawat EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean, ditemui hari ini bersama serpihan pesawat serta barangan milik penumpang.

“Tentera laut Mesir memungut lebih banyak serpihan pesawat hari ini, termasuk bahagian tubuh manusia, barangan penumpang serta tempat duduk. Usaha mencari masih dijalankan,” kata kenyataan kementerian itu.

Difahamkan anggota tubuh yang ditemui itu ialah tangan manusia.

Banyak pihak yakin pesawat itu terhempas akibat serangan pengganas, termasuk kemungkinan letupan bom menyebabkan pesawat berkecai di udara.

Serpihan pesawat, barangan penumpang dan bahagian tubuh manusia itu ditemui kira-kira 290 kilometer di utara bandar raya Iskandariah.

Pesawat Airbus A320 itu membawa 56 penumpang dan anak kapal iaitu 15 rakyat Perancis, 30 Mesir, dua Iraq serta masing-masing seorang dari Algeria, Belgium, Chad, Portugal, Arab Saudi, Sudan serta seorang budak lelaki dan dua bayi. Ia membawa 10 anak kapal dan tiga anggota keselamatan.

Ia hilang dari radar antara Pulau Karpathos dan pantai Mesir, ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah awal pagi semalam. – HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan