Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumlah Mangsa Tanah Runtuh Di Labuan Meningkat

9:39pm 21/12/2015 Pak Roshan 520 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

banjir labuan

KUALA LUMPUR : Satu pusat pemindahan di Selangor ditutup hari ini berikutan banjir semakin surut, manakala jumlah mangsa di Labuan meningkat setakat pagi ini.

Di SHAH ALAM, pusat pemindahan mangsa banjir di surau Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor yang menempatkan 32 individu daripada 10 keluarga ditutup 11.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata penutupan itu menjadikan jumlah keseluruhan pusat pemindahan yang beroperasi setakat pagi ini ialah tiga buah berbanding empat semalam.

Pusat pemindahan lain yang masih dibuka ialah Sekolah Rendah Pasangan, Kampung Asahan, Kuala Selangor yang merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 131 orang daripada 35 keluarga.

Mangsa lain ditempatkan di Balai Raya Kampung Parit Mahang (102 orang) dan Balai Raya Bukit Kuching di Kuala Selangor (35 orang), katanya dalam satu kenyataan di sini.

Di LABUAN, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 29 orang pagi ini berbanding 15 orang semalam, setelah hujan lebat akibat Taufan Melor melanda pulau bebas cukai itu.

Seorang orang kurang upaya (OKU) menjadi antara mangsa baharu, dan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk di beberapa kampung terjejas akibat bencana alam itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata 14 mangsa banjir dari Kampung Sungai Bangat dan tanah runtuh di Kampung Sungai Bedaun dibawa ke pusat pemindahan sementara di dewan Balai Bomba Layang-Layangan awal pagi tadi.

“JPAM berjaya menyelamatkan enam mangsa di Kampung Sungai Bangat, Simpang Lumbayung menggunakan sebuah bot kira-kira pukul 10.48 malam semalam memandangkan jalan ke kawasan itu tidak boleh dimasuki dan mereka dibawa ke pusat pemindahan kira-kira 1 pagi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tanah runtuh di Kampung Sungai Bedaun, Simpang Ceramai yang hampir menimpa sebuah rumah berlaku beberapa minit selepas tengah malam tadi dan bomba membawa lapan anggota keluarga ke pusat itu selepas rumah yang didiami tidak selamat.

Naib Ketua UMNO Labuan Khalid Ghani berkata parti itu akan menyampaikan bantuan kepada mangsa untuk meringankan beban mereka.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan