Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jumlah mangsa banjir di Kota Belud terus meningkat

MANGSA BANJIR... Antara penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Tun Said.
MANGSA BANJIR… Antara penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Tun Said.

KOTA BELUD: Jumlah mangsa banjir yang melanda di beberapa kawasan di daerah ini terus meningkat kepada 141 buah keluarga.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), seramai 494 orang penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Tun Said di sini setakat jam 5.30 petang Jumaat.

“Bilangan perkampungan yang terjejas akibat bencana tersebut turut meningkat kepada 14 buah kampung,” kata Pegawai Perhubungan Awam JBPM negeri, Mohd Affendy K.Ramin.

Menurutnya, anggota JBPM masih menjalankan tugas memantau dan menyelamat di beberapa kawasan yang terlibat.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam bencana berkenaan.

Antara kawasan kampung yang terjejas ialah Rangalau, Sembirai, Taun Gusi Kerajangan, Sadok Sadok, Tanjung Pasir Labuan, Menunggui, Labuan, Lebak Moyoh, Linau, Lentigi, Pengkalan Abai dan Wakap. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan