Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,521

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumlah Kes Malaria Di Sabah Berkurangan

2:49pm 21/04/2017 Pak Roshan 11 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

TELUPID – Jumlah kes malaria di Sabah sepanjang tahun lepas menunjukkan penurunan iaitu 748 kes berbanding 1,044 pada tahun sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata ia adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana sebelum ini jumlah kes tidak pernah kurang daripada 1,000.

“Penurunan sebanyak 296 kes itu pada tahun lepas membolehkan jumlah kes malaria di Sabah kurang daripada 1,000,” katanya pada sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat negeri di sini, hari ini.

Sambutan itu dirasmikan Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, turut mengingatkan penduduk bahawa penurunan itu bukan bererti usaha menghapuskan penyakit itu sudah semakin mudah.

Menurutnya, ini kerana kes yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini adalah hasil interaksi mangsa dengan pelbagai faktor yang sukar ditangani.

“Statistik 2013 menunjukkan lebih daripada 80 peratus kes malaria di Sabah mendapat jangkitan di luar rumah iaitu ketika mangsa melakukan aktiviti-aktiviti di hutan.

“Antara aktiviti berisiko yang sering dilakukan adalah memburu, mencari hasil hutan, menoreh getah, pembukaan tanah baru untuk perladangan dan pertanian,” katanya.

Beliau berkata aktiviti berisiko di luar rumah itu menyebabkan strategi kawalan vektor sedia ada iaitu menggunakan kelambu berubat dan semburan racun serangga pada dinding rumah kurang berkesan dalam mengawal penyakit malaria.

Ronald menegaskan usaha menangani penyakit itu tidak mampu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sahaja, malah memerlukan sokongan agensi berkaitan termasuk seluruh masyarakat. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan