Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,776

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumlah Kenderaan, Penumpang Yang Menaiki Feri Di Labuan Sentiasa Tinggi Semasa Hari Raya

3:09pm 14/07/2016 Pak Roshan 303 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

FERI LABUAN

LABUAN : Jabatan Kastam dam Eksais Diraja Labuan mencatatkan sejumlah 7,129 kenderaan meninggalkan pulau bebas cukai ini untuk ke Sabah bagi sambutan Hari Raya, meningkat 39.4 peratus daripada 5,114 kenderaan tahun lepas.

Aliran keluar penumpang ke tanah besar sama ada ke Sabah, Sarawak atau Brunei juga bertambah kepada 19,187 berbanding 18,528 tahun lepas, iaitu pertambahan 3.56 peratus.

Statistik itu adalah bagi tempoh 10 hari mulai 1 hingga 10 Julai yang dikendalikan enam feri ‘roll-on/roll-off’ (feri RORO) iaitu Wawasan Perdana, Putrajaya 1, Kimanis 1, Galaxy, Goodwill Star dan MV Shuttle Hope.
Penolong Kanan Pengarah Kastam Labuan Mirani Majidi berkata kebergantungan yang tinggi kepada pengangkutan laut dari pulau ini ke tanah besar menyumbang kepada pertambahan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata aliran masuk kenderaan ke pulau ini dalam tempoh itu menurun 5.99 peratus kepada 5,160 berbanding 5,489 tahun lepas.

Mirani berkata bilangan penumpang ke pulau ini meningkat 12.69 peratus daripada 14,625 tahun lepas kepada 16,481 tahun ini.

“Peningkatan jumlah feri daripada dua kepada enam dengan tiga atau empat pengusaha menyumbang kepada peningkatan penggunaan feri, namun walaupun terdapat banyak feri, ramai pelancong masih tidak dapat memperoleh tiket ke tanah besar, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pegawai Kastam yang bertugas di terminal bekerja sepanjang masa untuk menangani peningkatan bilangan pelancong semasa tempoh sambutan Hari Raya.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan