Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumlah kemalangan di tempat kerja menurun 32.6 peratus

12:23pm 12/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 23 views Tempatan
Joannes (kanan) menerima Premit Keselamatan DBKK- NIOSH daripada Lee (tengah)

Joannes (kanan) menerima Premit Keselamatan DBKK- NIOSH daripada Lee (tengah)

KOTA KINABALU- Jumlah kemalangan pekerjaan dan penyakit berkaitan pekerjaan sepanjang satu dekad yang lalu menunjukkan pengurangan sebanyak 32.6 peratus menurut statistik dari Perkeso, kata Tan Sri Datuk Seri Panglima Lee Lam Thye.

Beliau yang merupakan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata jumlah penurunan yang memberansangkan itu merupakan hasil usaha Kementerian Sumber Manusia dalam memperkenalkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau OSH-MS di kalangan industri di negara ini.

“Terdapat banyak risiko atau jenis bahaya yang bakal dihadapi pekerja di tempat pekerjaan mereka.

“Ini bermakna, elemen keselamatan dan kesihatan perlu diberi perhatian dalam setiap proses kerja oleh setiap bahagian organisasi, tidak kira operasi atau pentadbiran,”katanya ketika berucap semasa Majlis Permit Keselamatan DBKK- NIOSH, disini, hari ini.

Disamping itu, Lee berkata Prmit Keselamatan DBKK- NIOSH dapat meingkatakan kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) khususnya dalam memastikan keselamatan pekerja para kontraktor di organisasi itu.

“Menerusi Permit Keselamatan DBKK- NIOSH ini, para pekerja khususnya kontraktor dan pekerja kepada kontraktor DBKK akan diberi pendedahan kepada perundangan dan peraturan di bawah OSHA 1994, pencegahan di tempat kerja dan seterusnya langkah mengawal risiko.

Tambahnya, Permit Keselamatan DBKK- NIOSH merangkumi dua modul operasi kerja iaitu risiko tinggi dan risiko rendah.

“Operasi kerja berisiko tinggi termasuklah kerja panas, bekerja di tempat tinggi, pengendalian bahan kimia, pengendalian manual, perkhidmatan kejuruteraan awam dan perkhidmatan kejuruteraan elektrik.

“Manakala, operasi kerja berisiko rendah termasuklah perkhidmatan lanskap, perkhidmatan katering, perkhidmatan pembersihan, peralatan pelindungan dan label keselamatan,”katanya

Menurut Lee, modul tersebut bertujuan bagi memenuhi kehendak perundangan dan juga standard operasi kerja DBKK.

“Usaha DBKK dalam mewajibkan setiap kontraktor agar menduduki kursus ini perlu dilihat sebagai satu langkah yang positif dan proaktif dalam meningkatkan OSH di DBKK,”ujarnya.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Joannes Solidau, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia DBKK merangkap Pengerusi penganjur, Junainah Abbie, Pengurus Besar NIOSH Certification Sdn Bhd, Syamsul Zahrin Zainuddin dan Pengurus NIOSH Malaysia Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Hussin Abd Salam. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan