Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jumlah kedatangan pelancong Korean tunjuk peningkatan mendadak- Masidi

7:57pm 21/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 55 views Pelancongan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
KENANGAN.. Masidi (tengah) bersalaman bersama Lee (dua dari kanan) semasa sidang akhbar pelancaran penerbangan Jeju Air, disini, hari ini

KENANGAN.. Masidi (tengah) bersalaman bersama Lee (dua dari kanan) semasa sidang akhbar pelancaran penerbangan Jeju Air, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Sabah mencatat penambahan mendadak pelancong asing khususnya pelancong Korea ke negeri ini iaitu sebanyak 32.4 peratus.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan , dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun terdapat penambahan sebanyak 15,481 berbanding 47,777 pelancong yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama bagi tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah kedatangan pelancongan Korea menunjukkan peningkatan dan sekaligus ia menjadi petunjuk bahawa Korea memerlukan lebih banyak syarikat penerbangan untuk menampung jumlah penambahan pelancong tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena majlis pelancaran syarikat penerbangan Jeju Air, di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan kehadiran syarikat penerbangan antarabangsa di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan sentiasa membuka peluang kerjasama dengan pelbagai syarikat penerbangan untuk meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan syarikat penerbangan Jeju Air yang baru sahaja memulakan operasi mereka semalam.

Menurutnya, Jeju Air telah berlepas dari Lapangan Antarabangsa Incheon, Korea dengan kapasiti penumpang sebanyak 195 orang atau 99 peratus.

“Saya yakin bahawa Jeju Air mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpangnya sekaligus membantu meningkatkan jumlah pelancong di negeri ini,”katanya.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Timbalan Presiden Jeju Air, Lee Seok Joo. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan