Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jumlah ibu tunggal di Sabah meningkat

ibu tunggal

KOTA KINABALU: Jumlah wanita berstatus ibu tunggal di negeri ini meningkat dan ia merisaukan, kata Presiden Persatuan Ibu Tunggal Karambunai, Zainaba Shukor.

Beliau berkata situasi ini terjadi berikutan ramai gadis-gadis muda  yang berkahwin pada usia yang awal dan kemudian bercerai kerana tiada keserasian atau ditinggalkan suami.

“Ada ibu tunggal yang kahwin pada usia belasan tahun, seawall usia 13 tahun,” katanya.

Ramai ibu tunggal di negeri ini yang menyara diri sendiri dan anak-anak tanpa nafkah diberikan oleh bekas suami.

Keadaan ini katanya akan mempengaruhi pembesaran anak-anak mereka kerana ditinggalkan oleh ibu mereka yang keluar bekerja untuk mencari rezeki keluarga.

 

“Apabila anak-anak ini tidak mendapat perhatian sepenuhnya oleh ibu mereka yang keluar bekerja dan ayah mereka tidak bertanggungjawab untuk membantu,  mereka akan mudah terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak sihat,” kata Zanaba.

 

Ujarnya, kawasan yang mempunyai peratus ibu tunggal tertinggi di negeri ini ialah Kota Marudu, Nabawan, Tenom dan Pitas.

 

Ramai ibu tunggal di luar daerah ini berkahwin pada usia muda dan ada yang berkahwin dengan pendatang asing yang menggunakan mereka untuk mendapatkan permit bekerja di negeri ini.

 

Justeru,Zainaba meminta pihak yang berkenaan untuk tampil membantu ibu tunggal di negeri ini dalam bentuk bantuan kewangan ataupun pengetahuan yang boleh meningkatkan tahap kehidupan meereka.

Komen


Berita Berkaitan