Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Julia Perez akui gali lubang tutup lubang

julia

Jakarta: Selebriti Julia Perez atau Jupe mengaku sudah bersedia untuk menjual sebuah lagi rumahnya di sini bagi membiayai kos perubatannya.

Penyanyi dan pelakon itu sebelum ini sudah menjual sebuah rumahnya di Cibubur.

Menurutnya, dia sudah menerima beberapa tawaran daripada mereka yang berminat membeli rumah itu, tetapi masih menungggu harga yang paling sesuai.

Bercakap kepada wartawan, Jupe berkata, langkah untuk menjual rumahnya itu dibuat bukan semata-mata untuk membiayai kos perubatan, tetapi untuk melangsaikan hutang.

“Saya ada meminjam wang daripada pelbagai pihak.

“Memandangkan saya tidak lagi dapat banyak tawaran berlakon mahupun membuat pementasan, jadi saya perlukan wang itu untuk membayar hutang.

“Saya gali lubang, tutup lubang,” kata selebriti itu yang tidak lama dulu menjalani rawatan kerana menghidap barah serviks. – Agensi

 

Komen


Berita Berkaitan