Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JUHAR MAHIRUDDIN DILANTIK YANG DIPERTUA NEGERI SABAH UNTUK PENGGAL KEDUA

tyt
Ali Hamsa (kiri) menyampaikan surat pelantikan daripada Yang Dipertuan Agong kepada Tun Juhar sambil disaksikan oleh Musa (dua dari kanan) dan Sukarti (dua dari kiri) di Istana Negeri, pagi tadi.

 

KOTA KINABALU : Tun Juhar Mahiruddin hari ini menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah untuk penggal kedua.

Ketika ditemui selepas majlis penyampaian surat cara daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negeri di sini, Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri, Abinan Asli berkata tempoh pelantikan Juhar yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dilanjutkan selama empat tahun lagi mulai 1 Jan ini.

Menurutnya, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mewakili Yang di-Pertuan Agong menyampaikan surat cara pelantikan tersebut kepada Juhar yang disaksikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Setiausaha Kerajaan Persekutuan Sabah Datuk Abu Bakar Hassan. Juhar, 61, menjadi Yang Dipertua Negeri ke-10 sejak 1 Jan 2011.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan