Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Judi Siber: Lima Termasuk 2 Remaja Ditahan Polis

10:47am 19/12/2015 Pak Roshan 50 views Jenayah
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KUCHING – Usaha gigih polis Sarawak membanteras kegiatan judi siber mencatatkan kejayaan lagi malam tadi dengan serbuan ke atas dua premis judi di Taman Duranda Emas, Jalan Kuching-Serian di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam berkata dalam serbuan pertama di sebuah premis di tingkat satu lot kedai taman berkenaan pada kira-kira pukul 9.15 malam, polis merampas 16 komputer yang disyaki digunakan bagi tujuan judi dalam talian.

Beliau berkata polis turut menahan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 21 dan 27 tahun yang berada di premis berkenaan bagi membantu siasatan.

Kira-kira setengah jam kemudian, polis menyerbu sebuah lagi lot kedai berhampiran dan merampas 11 komputer serta menahan dua remaja bagi membantu siasatan.

“Dua remaja yang masih bersekolah di Tingkatan Satu dan Lima itu dipercayai bekerja di premis berkenaan. Jumlah rampasan semua peralatan dan komputer di dua premis itu dianggar RM40,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan