Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Perjudian: Guru sekolah ditangkap

fffffdsdd
RAMPASAN… Chandra (tengah) menunjukkan komputer yang dirampas dalam serbuan di Luyang. – Foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Seorang guru lelaki berumur 54 tahun ditangkap selepas disyaki menjadi penganjur aktiviti perjudian haram di sebuah rumah sewa yang terletak di Taman Fabar, Luyang di sini pada 17 Mac minggu lepas.

Tangkapan tersebut adalah hasil siasatan terhadap empat lelaki dan dua wanita yang ditangkap oleh sepasukan anggota polis cawangan D7 Ibupejabat Polis Kota Kinabalu dalam serbuan pertama kira-kira jam 1.50 pagi di kawasan taman perumahan tersebut pada 15 Mac lepas.

“Semua suspek warga  tempatan berumur antara 32 hingga 59 tahun didapati telah menjalankan aktiviti perjudian haram sejak dua bulan lepas di kawasan perumahan,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra pada sidang media di Bit Balai Polis, KK Times Square di sini hari ini.

Sementara itu, dalam satu serbuan yang berasingan, sepasang suami isteri berumur 38 dan 25 tahun, ditangkap kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Taman Kinamount, Luyang di sini kira-kira jam 3.50 petang pada 22 Mac lepas.

Beliau berkata, semua suspek yang ditangkap akan disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Dalam semua serbuan itu, polis berjaya merampas 15 set computer, dua buah modem D-Link serta wang tunai RM460 daripada suspek terlibat,” katanya sambil menambah nilai rampasan dianggarkan bernilai RM20,000.

Menurutnya, siasatan lanjut polis mendapati kebanyakan penganjur aktiviti perjudian haram telah memindahkan kegiatan mereka ke kawasan perumahan bagi mengaburi pihak polis.

“Masyarakat diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat terus kepada pihak polis mengenai aktiviti perjudian haram di kawasan perumahan mereka termasuk jiran tetangga masing-masing,” katanya lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa polis tidak akan bertolak ansur dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati menjalankan aktiviti haram tersebut.

“Judi boleh menyebabkan pelbagai jenayah lain seperti ragut, samun dan merompak,” katanya.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan