Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Judi: Dua lelaki didenda RM 2,500

KOTA KINABALU- Dua orang lelaki tempatan masing-masing didenda RM 2,500 atau 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan berjudi di tempat terbuka.

Badan Nambo dan Pandi Sufli Yusuf mengaku di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun bahawa mereka telah melakukan kesalahan tersebut di sebuah kawasan hutan di belakang perhentian bas di Bandaran Berjaya, pada jam lebih kurang 11.30 pagi, 22 Februari lalu.

Kedua-dua tertuduh dihukum dibawah Seksyen 7 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM 5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Dalam mitigasi, Badan dan Pandi memohon agar mahkamah mengenakan hukuman ringan kepada mereka. Namun, pihak pendakwaan meminta agar hukuman setimpal dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan