Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Juara Parodi Minggu Ini Dibatalkan, Segmen Tribute Buat Yus

SHAH ALAM 20 November 2015. Persembahan kumpulan (dari kiri) Tauke Jambu, Misha Omar dan Yus di Juara Parodi (minggu ketiga) Astro di Royal Theater. NSTP/Saifullizan Tamadi.
SHAH ALAM 20 November 2015. Persembahan kumpulan (dari kiri) Tauke Jambu, Misha Omar dan Yus di Juara Parodi (minggu ketiga) Astro di Royal Theater. NSTP/Saifullizan Tamadi.

PEMERGIAN mengejut pelawak Yus Jambu pastinya meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat rakan artis yang mengenali rapat dengan Allahyarham.

Seperti yang kita tahu, Yus terlibat dengan program Juara Parodi yang baharu sahaja memasuki minggu ketiga pertandingan.

Namun, Allah lebih menyayanginya dan sehingga kini tidak diketahui perancangan terbaharu kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai arwah dan Tauke, bergandingan dengan penyanyi Misha Omar.

Bagi menghormati pemergian Yus, pengasas Juara Parodi, Afdlin Shauki menyatakan minggu ini program tersebut akan dihentikan seketika dan digantikan satu rancangantribute khas buat Yus.

Program tribute itu akan berkongsikan kisah rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi dan sajak dan tazkirah.

parodi

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Pak Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan