Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Jualan keranda meningkat pada sambutan Songkran

8:51am 19/04/2016 Pak Roshan 10 views Global
PASUKAN penyelamat berusaha membantu penumpang yang cedera dalam kemalangan sebuah bas dari Yala Ke Bangkok, awal semalam.

PASUKAN penyelamat berusaha membantu penumpang yang cedera dalam kemalangan sebuah bas dari Yala Ke Bangkok, awal semalam.

Bangkok: Jualan keranda sepanjang cuti sambutan Songkran tahun ini meningkat mendadak kerana peningkatan kemalangan jalan raya.

Sehingga semalam, jumlah kemalangan dikatakan meningkat hampir 30 peratus berbanding tahun lalu.

“Kami menjual empat hingga lima keranda sehari sepanjang cuti Songkran. Biasanya, kami menjual satu atau dua sehari,” kata pengusaha keranda Thanyaporn Sae Lao.

Dia menjalankan perniagaannya di Nakhon Ratchasima, wilayah paling banyak berlaku kematian akibat kemalangan jalan raya tahun ini.

Menurut angka rasmi, antara 11 dan 16 April lalu, 89 kemalangan berlaku di wilayah itu, menyebabkan 18 orang mati.

Di seluruh Thai pula, sebanyak 3,337 kemalangan dilaporkan sepanjang tempoh sama, menyebabkan 442 kematian dan 3,271 cedera.

Pada 16 April sahaja, 380 kemalangan berlaku, meragut 59 nyawa. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan