Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jualan industri kraf negara catat RM333 juta – Mohamaddin

Mohamaddin melawat salah satu gerai kraftangan di sini hari ini. Gambar Bernama

LAHAD DATU, 29 Sept (Bernama) — Jualan industri kraf negara mencatatkan nilai berjumlah RM333 juta dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi berkata pencapaian itu 66.6 peratus daripada RM500 juta yang disasarkan pada tabun ini.

“Saya melihat pencapaian jualan ini sangat membanggakan selain penglibatan bilangan usahawan kraf yang tinggi iaitu 5,504 usahawan dengan 10, 251 tenaga kerja,” katanya ketika melancarkan Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Rashid Abdullah dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ibrahim Ismail.

Menurut Mohamaddin bagi menggalakkan industri kraf di negara ini, kementerian menerusi Kraftangan Malaysia menyediakan insentif pengeluaran kraf bernilai RM100,000 dalam bentuk bahan mentah serta mesin dan peralatan dalam tempoh setahun.

Pemberian insentif ini diharap menjadi penyuntik kepada komuniti kraf di negara ini untuk terus bergiat aktif dalam pengeluaran produk kraf, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata di negeri ini terdapat 2,018 usahawan kraf dari bidang tekstil, hasil rimba, tanah,logam dan aneka kraf dengan nilai jualan dijana sebanyak RM51.7 juta sepanjang tahun lepas. Manakala pencapaian sehingga Ogos tahun ini merekodkan RM31.7 juta.

Dengan kehadiran pelancong ke negeri ini yang pada tahun lepas berjumlah 3.7 orang, produk pelancongan tempatan perlulah diketengahkan agar memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Beliau berkata usahawan kraf di negeri ini perlu merebut peluang yang ada dengan menghasilkan produk unik beridentitikan Malaysia khususnya Sabah.

Mohamaddin berkata kementeriannya sedang berusaha mewujudkan Kompleks Kraf Sabah di Tanjung Aru Kota Kinabalu untuk dijadikan pusat pembangunan dan pemerkasaan industri kraf di negeri ini.

Katanya kompleks ini juga akan menjadi pusat informasi berkaitan kraf Sabah serta pusat pengembangan ilmu kraf melalui aktiviti demontrasi dan pendidikan kraf.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan