Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jualan Anyaman Ketupat Di Jalan Prayer Sandakan Menjelang Aidilfitri

ketupat

SANDAKAN : Lazimnya, lima hari sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri, Jalan Prayer di bandar Sandakan akan menjadi lokasi penjualan anyaman ketupat menggunakan daun kelapa muda.

Bagi penjual anyaman ketupat di Jalan Prayer, kemahiran membuat ketupat yang diwarisi itu dapat dikongsi dengan orang ramai yang membeli anyaman ketupat mereka.

Seorang penjual hanya mahu dikenali sebagai Tarijah, 52, dari Kampung Sibugal Besar berkata dia menjual anyaman ketupat itu di sini hampir 20 tahun iaitu sejak dari kecil lagi ketika menemani ibunya menjaja anyaman ketupat di daerah ini.

“Tradisi menjual anyaman ketupat ini akan saya teruskan selagi mampu dan akan saya perturunkan kepada anak-anak saya,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Seorang lagi peniaga, Rahayu Rasad, 24, juga dari Kampung Sibugal Besar, berkata terdapat pelbagai jenis anyaman ketupat yang dijual di sini antaranya Tipis, Saut-Saut, Sinobat dan Mam yang berasal daripada bahasa Kagayan.

Menurutnya harga setiap ketupat bergantung pada saiz, bentuk anyaman dan dijual RM1 bagi empat biji ketupat.

Katanya dia mewarisi kemahiran menganyam ketupat daripada ibunya dan gembira memperoleh pendapatan menerusi kemahiran itu.

Namun begitu, Rahayu berkata tidak ramai generasi seumurnya ada kemahiran menganyam ketupat disebabkan pada masa sekarang nasi impit pengganti kepada ketupat mudah dibeli di pasar raya.

Ketupat dianyam menggunakan daun kelapa yang masih muda dan secara tidak langsung menambah aroma kepada ketupat yang dihasil.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan