Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jual anak atas nama seni

TANG menawar untuk menjual anaknya di Anhui.
TANG menawar untuk menjual anaknya di Anhui.

Anhui: Seorang ahli perniagaan yang muflis baru-baru ini cuba menjual anaknya di sebuah jalan raya yang sibuk di China.

Ahli perniagaan berkenaan yang dikenali sebagai Tang dari bandar Zongyang di wilayah Anhui, dirakam bersama-sama anaknya dengan poster yang berbunyi: “Siapa inginkan anak ini?’

Sejak mengalami kerugian besar, Tang berkata, dia berdepan masalah kewangan yang teruk hingga mendorongnya untuk menjual anaknya.

Dia mendakwa tindakannya itu adalah ‘seni,’ lapor portal berita People’s Daily.

Bagaimanapun, dia dikecam hebat oleh pengguna Internet selepas gambar dia dan anaknya yang dipercayai berusia empat tahun tersebar di laman sosial Weibo. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan