Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Jual alat komunikasi tanpa perakuan SIRIM, syarikat didenda RM10,000

KOTA KINABALU- Sebuah syarikat didenda RM 10,000 oleh Mahkamah Sesyen, hari ini atas kesalahan menjual telefon tanpa wayar yang tidak diperakui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Hakim Azreena Aziz mengarahkan syarikat Digimate Sdn Bhd untuk membayar denda tersebut setelah wakil syarikat itu mengaku atas kesalahan menjual alat komunikasi pada 5 Julai 2012, pada jam 3 petang di aras bawah Kompleks Karamunsing, disini.

Syarikat tersebut dihukum dibawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan- Peraturan Komunikasi Dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Akta Komunikasi Dan Multimedia yang memperuntukkan denda maksimum RM 100,000 atau hukuman penjara sehingga enam bulan atau kedua- duanya sekali.

Dalam mitigasi, wakil syarikat tersebut merayu agar mahkamah mengenakan nilai denda yang minimum.

Katanya, syarikat tersebut tidak lagi menjual alat komunikasi yang tidak diperakui oleh SIRIM.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norhani Mohamad Adzhar dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memohon agar pihak mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal kepada syarikat tersebut.

Menurut Norhani, syarikat itu pernah melakukan kesalahan yang sama sebelum ini.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan