Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JTU lancarkan LaDESS 2.1 sebagai langkah pembaharuan sistem urusniaga tanah

6:11pm 30/11/2016 Leolerry Lajius 63 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Sebagai langkah pembaharuan sistem urusniaga tanah, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU)  Sabah melancarkan ‘Land Dealings Electronic Submission System’ (LaDESS) 2.1 yang akan mula digunakan pada 1 December tahun ini.

Menurut Pengarah JTU Sabah Datuk Hj. Safar Bin Untong, sistem ini dibuat dengan kerjasama bersama JTU dan Sabah Law Association (SLA) dan tempoh yang ditetapkan untuk tujuan pendaftaran adalah siap dalam tempoh lima hari.

“Sistem ini membolehkan peguam untuk mengisi maklumat urus niaga tanah di pejabat masing-masing dan seterusnya akan menghantar maklumat berkenaan ke JTU secara elektronik yang kemudiannya akan dicetak untuk dikemukakan bagi tujuan proses pendaftaran.”

“Melalui sistem ini, kita juga membuat penambahbaikkan dengan memaklumkan pelanggan melalui SMS sebaik sahaja urus niaga selesai,”katanya ketika majlis pelancaran LaDESS 2.1, di Wisma Tanah dan Ukur, hari ini.

Safar turut menyatakan, pihak JTU juga mensyaratkan bahawa borang-borang urus niaga tanah haruslah diisi melalui sistem ini dan mulai 1 Jun tahun hadapan penggunaan borang secara ‘Hard Copy” dalam urusan urus niaga tanah akan dihentikan.

“Bagi yang tidak mampu mendapatkan khidmat peguam pihak JTU ada menyediakan Kiosk di bangunan Wisma Tanah dan Ukur  yang mana staff yang ditugaskan akan membantu individu berkenaan untuk mengisi maklumat ini.”

“Sistem LaDESS 2.1 ini kita hanya khususkan untuk tanah-tanah CL, TL, dan PL. Bagi tanah-tanah ‘Native Title’, urusan boleh dibuat di setiap pejabat tanah di daerah masing-masing,”katanya.

Menurut beliau lagi, sistem ini adalah untuk kegunaan semua masyarakat namun hanya firma guaman yang diberikan kata laluan log masuk ke dalam sistem ini manakala bagi orang awam mereka boleh menjalankan urusan melalui Kiosk yang disediakan.

“Hal ini demikian kerana, dalam urus niaga tanah, ia harus ditandatangani oleh orang yang boleh dipercayai iaitu peguam. Bagi yang tidak mampu mendapatkan khidmat peguam boleh berurusan di Kiosk dan akan disaksikan oleh kerani tanah atau datang sendiri je pejabat saya,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan