Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JTK Sabah sasar 14,000 peluang pekerjaan bagi masyarakat Sabah

3:57pm 10/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 51 views Tempatan
Siringan (kiri) menerima momento daripada Kamal (Kanan) disaksikan oleh para pegawai kanan JTK Sabah

Siringan (kiri) menerima momento daripada Kamal (Kanan) disaksikan oleh para pegawai kanan JTK Sabah

KOTA KINABALU- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah sasar 14,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah dalam sektor swasta di dalam mahupun luar negeri Sabah.

Menurut Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat, usaha tersebut akan dilaksanakan melalui program Karnival Pekerjaan yang bakal berlansung pada 1 Mei tahun ini.

“Komitmen JTK Sabah ini memberi harapan kepada usaha kerajaan negeri dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat di pejabatnya oleh Pengarah JTK Sabah, Kamal Pardi dan para pegawai kanan jabatan tersebut, jumaat lepas.

Berdasarkan statistik JTK, beliau turut berkata bahawa kadar pengangguran di negeri ini menurun dari 5.1 peratus kepada 4.7 peratus, tahun ini. Manakala kadar pengangguran di Sarawak dan Semenanjung Malaysia masing- masing pada 3.8 peratus dan 2.1 peratus.

Disamping itu, beliau turut menasihati para pencari kerja agar tidak memilih dalam mencari pekerjaan.

“Ia merupakan perkara biasa jika seseorang pekerja bermula daripada bawah jika mereka tidak mempunyai apa-apa pengalaman pekerjaan, tetapi saya yakin bahawa mereka akan naik pangkat dengan cepat sekiranya mereka rajin.

“Masyarakat tidak perlu risau tentang gaji kerana tangga gaji telah ditetapkan mengikuti Dasar Gaji Minimum, termasuklah sektor perladangan,”, ujarnya.

Terdahulu, program tersebut berjaya membantu seramai 2,581 orang penganggur tempatan  di lima buah daerah mendapatkan pekerjaan di pelbagai bidang pekerjaan dalam masa lima hari. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Siringan (tengah) bergambar kenangan bersama Kamal (kedua kiri) dan para pegawai kanan JTK Sabah

Siringan (tengah) bergambar kenangan bersama Kamal (kedua kiri) dan para pegawai kanan JTK Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan