Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JTK kutip RM89,000 kompaun tahun lalu

Pengarah JTK Sabah, Kamal Pardi.
Pengarah JTK Sabah, Kamal Pardi.

KOTA KINABALU – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah berjaya mengutip RM89,000 kompaun daripada 114 kertas siasatan kompaun terhadap para majikan atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu di negeri ini.

Pengarahnya, Kamal Pardi berkata, sebanyak 25 kertas siasatan pendakwaan atas pelbagai kesalahan juga telah dibuka antaranya kegagalan pelaksanaan gaji minima, tuntutan pampasan pekerja serta penggajian pekerja bukan pemastautin.

“Daripada 25 kertas siasatan itu sebanyak lapan majikan telah didakwa dengan bayaran denda berjumlah RM 39,090.24,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya lagi, jabatan itu juga telah mengendalikan sebanyak 1,420 kes tuntutan pekerja atau kes buruh sepanjang tahun lepas dan telah melaksanakan aktiviti pemeriksaan buruh ke atas 7,946 premis majikan di seluruh negeri.

“Antara premis yang diperiksa termasuk di sektor perladangan, pembalakan, perkilangan, perkhidmatan, perniagaan runcit dan borong, pengangkutan dan lain-lain. Sebanyak 22 operasi melibatkan semua pegawai JTK di setiap daerah di negeri ini telah mengambil bahagian bagi menjayakan penguatkuasaan undang-undang yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Sepanjang tahun lepas, katanya, JTK Sabah telah melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk program operasi bersepadu jabatan, pengendalian kes tuntutan pekerja/kes buruh, pemeriksaan premis, kompaun dan pendakwaan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan