Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JSJN Sabah Lupus Dadah Bernilai RM69,926

6:18pm 04/11/2016 Pak Roshan 68 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir

lupusdadah_field_image_listing_featured-variant

PAPAR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah hari ini melupuskan dadah berbagai jenis bernilai RM69,926.

Ketua JSJN Negeri Supt Mohamed Fadzil A. Rahman berkata dadah berkenaan merupakan barang kes yang dirampas sejak 2000 hingga 2013 di tujuh daerah iaitu Papar, Beaufort, Sipitang, Labuan, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.

“Barang kes yang dilupuskan merupakan kes yang telah selesai perbicaraan mahkamah melibatkan 597 kertas siasatan.

“Bagi mematuhi kehendak piawaian alam sekitar, pihak JSJN Sabah telah memutuskan untuk menggunakan khidmat syarikat swasta untuk proses pembakaran tertutup,” katanya kepada pemberita mengenai perkara itu di sini hari ini.

Mohamed Fadzil berkata dadah yang terlibat dalam pelupusan itu ialah jenis methamphetamine, ganja, ketamin, Erimin 5 dan Ecstacy.

Beliau kemudiannya melupuskan barang kes itu di tempat pembakaran sebuah kilang membuat bata di sini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan