Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JR Wanita Umno Kota Kinabalu laksana program dekati rakyat

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita Umno Parlimen Kota Kinabalu sedang melaksanakan gerak kerja mendekati pengundi menerusi skuad Jalinan Rakyat (JR).

Ketuanya Datuk Rosimah Zakaria berkata anggota JR diminta mempertingkatkan gerak kerja sebagai persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) bila-bila masa sahaja.

“Kerja kuat JR itu nanti dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya di Parlimen Kota Kinabalu.

“Walaupun JR sudah lama bergerak tetapi tanggungjawab dan amanah untuk mempertahankan kemenangan perlu tetap diteruskan setiap masa,” katanya selepas Program Salam Sayang di 13 buah Pusat Daerah Mengundi dalam Dun Likas, Dun Api Api dan Dun Luyang semalam.

Rosimah mahu semua anggota JR lebih optimis dan mampu mencapai kemenangan dalam PRU-14 kerana pertambahan anggota serta peningkatan sokongan.

“Selain itu, anggota JR turut memberikan penerangan kepada rakyat mengenai isu yang dimainkan pembangkang untuk memecahbelahkan rakyat,” katanya.

Katanya perjuangan Umno dan BN adalah untuk membela nasib bangsa, agama serta negara dan ia ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

“Kita mahu menjamin generasi akan datang hidup dalam keadaan yang selesa dan Umno serta BN merupakan wadah perjuangan orang bumiputera,” katanya.

Rosimah berkata program JR yang akan dilaksanakan itu membolehkan Wanita Umno Kota Kinabalu memberi perhatian kepada kumpulan pengundi dalam usaha memahami kehendak dan keperluan rakyat.

“Ini cara kita untuk mengambil hati rakyat. Wanita Umno akan pergi secara berkumpulan dalam PDM untuk menarik lebih ramai pengundi,” katanya.

Katanya skuad itu juga memberi tumpuan kepada pengundi baharu dan suri rumah. Tambahnya selain mengukuhkan ikatan yang sudah terjalin antara Umno dan rakyat, ia juga merupakan satu pendekatan untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya pada masa depan.

Jelas Rosimah, JR ini bukan sahaja bertujuan untuk mendekati pengundi, malah lebih terarah terhadap usaha untuk mengenal pasti serta menyelesaikan permasalahan ma­syarakat di peringkat akar umbi,” tegasnya.

Pada masa sama, Wanita UMNO Kota Kinabalu turut bekerjasama dengan JR Plus yang disertai Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan rakan-rakan dalam parti komponen Parlimen Kota Kinabalu.

Hadir sama Naib Ketua Wanita UMNO Kota Kinabalu, Nuriya Muammil, Penolong Setiausaha Nandong Tingkan serta ketua-ketua PDM dan JR./SayangSabah

Wanita UMNO Kota Kinabalu bersama JR menyampaikan sumbangan beras semasa Program Salam Sayang di 13 buah PDM dalam Parlimen Kota Kinabalu.

Komen


Berita Berkaitan