Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPSM lancar buku pelan strategik 2015-2017

Siringan Gubat melancarkan buku edisi khas 'Memoir Kembara 25 Tahun JPSM' sambil disaksikan oleh Billy Yumbod (dua dari kiri)
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat melancarkan buku edisi khas ‘Memoir Kembara 25 Tahun JPSM’ sambil disaksikan oleh Billy Yumbod (dua dari kiri) dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Bruno Vun (kanan). – Foto Stenley Dominic / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) hari ini melancarkan buku ‘Pelan Strategik JPSM 2015-2017’ yang mengandungi garis panduan melaksanakan tanggungjawab perkhidmatan.

Pengarah JPSM Sabah, Billy Yumbod berkata, pelancaran buku tersebut adalah bagi memastikan JPSM kekal relevan serta mampu menggalas tugas dalam menyampaikan latihan kemahiran kepada para pelatih.

“JPSM akan terus melaksanakan pelbagai langkah strategik dalam usaha bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan,” katanya semasa berucap pada majlis Sambutan Ulangtahun ke-27 JPSM di Pan Pasific Sutera di sini hari ini.

Menurutnya, antara langkah yang diambil termasuk mewujudkan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) yang akan memberi tumpuan memperkasakan integriti di kalangan warga JPSM.

“Oleh itu, saya menyeru semua lapisan warga JPSM agar bersama-sama mengembleng tenaga dan memberikan komitmen yang penuh dedikasi dalam melaksanakan tugas perkhidmatan masing-masing,” katanya.

Sempena sambutan ulangtahun itu, jabatan tersebut turut melancarkan sebuah buku edisi khas yang berjudul ‘Memoir Kembara 25 Tahun JPSM’ yang mencatat pelbagai aktiviti dijalankan oleh BPSM dan JPSM sepanjang tempoh tahun 1988 hingga 2013.

Buku edisi khas itu diterbitkan bagi menghargai sumbangan bakti warga JPSM dan juga bekas kakitangan BPSM / JPSM sama ada telah bertukar jabatan ataupun telah bersara daripada perkhidmatan awam termasuk yang telah meninggal dunia.

“Naskah kecil ini diharap dapat disimpan sebagai khazanah berharga dan bernilai tinggi kepada kakitangan yang pernah melakar memori suka duka ketika di BPSM mahupun JPSM,” katanya lagi.

– Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan