Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPSM diminta wujud lebih banyak kursus kemahiran baru

Siringan bersama-sama pengurusan JPSM memotong kek sempena ulangtahun ke-27 JPSM. - Foto Stenley Dominic / Sayangsabah
Siringan bersama-sama pihak pengurusan JPSM memotong kek sempena ulangtahun ke-27 JPSM. – Foto Stenley Dominic / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) diminta mengenalpasti dan mewujudkan lebih banyak kursus latihan kemahiran baru untuk ditawarkan kepada pelatih yang terdiri daripada golongan belia.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat berkata, langkah itu adalah sejajar dengan perkembangan arus perdana pasaran kerja masa kini di samping memenuhi kehendak pelanggan yang semakin kompleks.

“Untuk menghasilkan graduan cemerlang dan berdaya saing, JPSM perlu menyediakan kursus latihan kemahiran yang mampu menepati kehendak pasaran kerja untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Sambutan Ulangtahun JPSM ke-27 yang berlangsung di Pan Pacific Sutera di sini hari ini.

Sempena sambutan ulangtahun itu, beberapa orang kakitangan JPSM turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPSM 2014 sebagai menghargai sumbangan cemerlang mereka dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Dalam pada itu, Siringan berharap kakitangan berkenaan menjadikan anugerah tersebut sebagai pendorong untuk meningkatkan lagi mutu kerja di masa hadapan.

“Buktikan yang anda terbaik dan layak menerima anugerah kecemerlangan ini,” katanya sambil mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penerima anugerah terbabit.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Buku Pelan Strategik JPSM 2015-2017 dan Memoir Kembara 25 Tahun JPSM.

– Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan