Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPS lancar pasukan bersenjata dan unit anjing pengesan K9

Demonstrasi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) mengesan kayu gaharu yang disembunyikan di dalam kotak.
Demonstrasi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) mengesan kayu gaharu yang disembunyikan di dalam kotak.

SANDAKAN- Jabatan Perhutanan Sabah melancarkan Pasukan Bersenjata dan Unit Anjing Pengesan K9 di Ibu Pejabatnya di Sandakan pada Khamis sebagai usaha membendung masalah jenayah perhutanan dengan lebih efisien.

Pengarahnya, Datuk Sam Mannan berkata, Pasukan Bersenjata Jabatan Perhutanan Sabah kini mempunyai 40 orang kakitangan yang mahir menggunakan senjata dalam menguatkuasakan Undang-Undang Hutan.

Beliau turut menasihati anggota pasukan itu agar dapat menggunakan senjata dengan sebaiknya khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan selain untuk mempertahan diri dan harta negara dari diceroboh dengan sewenang-wenangnya.

Manakala, Unit Anjing Pengesan (K9) ditubuhkan bertujuan meningkatkan kecekapan dan mutu sistem penguatkuasaannya terutama melibatkan penyeludupan produk hasil hutan yang kecil dan mudah disembunyikan seperti Damar Gaharu dan Kayu Bantalan.

Beliau berkata, sudah tiba masanya teknik pengesanan melalui deria bau digunakan selepas Unit Narkotik PDRM dan Kastam Diraja Malaysia berjaya mempraktikkannya dalam menangani masalah seumpama itu.AA/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan