Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JPS Keluar Amaran Banjir Di Beaufort

8:53pm 20/12/2015 Pak Roshan 584 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

jps

KOTA KINABALU : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan paras air di Sungai Padas, Beaufort akan melepasi paras bahaya pada pukul 3 pagi esok, sekali gus menyebabkan banjir di kawasan rendah sekitarnya.

Menurut laman sesawang JPS yang dikemas kini pukul 7 malam ini, paras air Sungai Padas, Beaufort dan Sungai Padas, Tenom masing-masing pada 8.34 dan 175.96 meter iaitu kedua-duanya melepasi paras amaran.

Menurut laman sesawang JPS itu lagi, apabila paras air mencecah paras bahaya di Stesen Sungai Padas, kawasan yang diramal dinaiki air adalah Pekan Beaufort, Kampung Bakuku, Kampung Lalangut, Kampung Pintas, Kampung Limbawang, Kampung Melati, Kampung Suasa, Kampung Lingkuhulu dan kawasan rendah sekitar Sungai Padas.

JPS turut menasihatkan penduduk di kawasan rendah yang berhampiran dengan Sungai Padas di Beaufort dan Tenom agar mengambil langkah berjaga-jaga.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan