Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPNS SASAR PENCAPAIAN MINIMA 100% UPSR TAHUN INI

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul memberikan kata semangat kepada murid tahun enam yang menjalani UPSR mata pelajaran Bahasa Cina di SJKC Shan Tao, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menyasarkan 100 peratus tahap pencapaian minima bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, langkah itu bagi membolehkan semua murid khususnya yang berada dalam tahun satu hingga enam boleh menguasai tahap pencapaian minima dalam semua mata pelajaran.

“Kita kini dalam usaha untuk menghapuskan tanggapan semua pihak khususnya ibu bapa untuk tidak memberi fokus dalam pencapaian gred A dalam UPSR kerana ia masih diperingkat ujian dan bukan peperiksaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul memberikan kata semangat kepada murid tahun enam yang menjalani UPSR mata pelajaran Bahasa Cina di SJKC Shan Tao, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Ini kerana langkah itu boleh meningkatkan kemahiran murid-murid selain mampu memastikan pertumbuhan pelajar berada pada tahap yang baik,” katanya selepas meninjau hari pertama peperiksaan UPSR di SJKC Shan Tao, Kota Kinabalu.

Tambahnya, seramai 43,565 calon akan menduduki UPSR yang bermula serentak di seluruh negara, mulai hari ini.

Daripada jumlah calon itu, sebanyak 1,089 pusat peperiksaan akan dibuka membabitkan 986 Sekolah Kebangsaan (SK), 85 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 18 sekolah swasta.

“Kertas peperiksaan UPSR bermula hari ini dengan subjek Bahasa Cina dan Tamil, manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dijalankan bermula 24 hingga 27 September ini. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan