Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JPN sentiasa adakan jelajah beri beri penerangan keperluan sijil kelahiran, kematian

9:52am 20/09/2016 Pak Roshan 86 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

jpn

SANDAKAN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sentiasa mengadakan jelajah bagi memberikan peluang untuk orang awam mengetahui berhubung keperluan mendapatkan sijil kelahiran, kematian dan kewarganegaraan termasuk kes-kes tertentu.

Pengarah JPN Sabah, Datuk Ismail Ahmad, berkata jelajah diadakan bukan sahaja membantu mereka mengetahui serba sedikit tentang keperluan tetapi membolehkan hal-hal berkaitan dokumen pengenalan diri dapat difahami sebaik-baiknya.

Katanya, orang awam wajar memanfaatkan setiap program perjumpaan atau dialog bersama pihak JPN supaya apa jua sebarang kemusykilan berhubung keperluan sijil lahir, kad pengenalan dan kematian termasuk status sekali pun akan dapat dibantu.

“Kita mahu rakyat faham undang-undang yang telah termaktub lebih-lebih lagi menjelang pada tahun 2020 nanti, semua rakyat Sabah ada dokumen.

“Sebab itu, perjumpaan petang ini amat baik kerana ia sebahagian daripada usaha pihak JPN ke arah kempen sifar sekurang-kurangnya membantu orang awam mendapatkan penerangan mengenai keperluan tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi dialog bersama masyarakat sempena Program Sambutan Hari Malaysia Ke – 59 Bersama Usahawan di The Piazza, Harbour Mall, dekat sini, pada Sabtu.

Sesi dialog berkenaan antara salah satu pengisian program sambutan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peniaga-Peniaga dan Usahawan-Usahawan Negeri Sabah (PPUS) selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat lalu.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk karnival pengguna bijak dan taklimat tentang Keselamatan Negara Menjamin Kesejahteraan Rakyat di samping mengibarkan bendera jalur gemilang pada malam kemuncak dan persembahan kebudayaan, pertandingan karoke dan igal-igal.

“Pada malamnya pula adalah acara kemuncak sambutan iaitu mengibarkan bendera jalur gemilang di samping pengisian-pengisian lain seperti persembahan kebudayaan dan nyanyian.

Mengulas lanjut, Ismail menyarankan kepada orang awam supaya datang terus ke pejabat JPN selepas mereka memperolehi anak supaya memudahkan mendapatkan dokumen sijil lahir.

Menurut beliau, mereka wajib datang ke JPN untuk mendapatkan apa jua dokumen pengenalan diri dan jangan sesekali lekah atau melupakan agensi tersebut.

“Rakyat kena datang ke JPN terutama anak yang baru lahir perlu terus urus sijil lahir,” katanya sambil menjelaskan bahawa program yang dihadirinya ini penting membolehkan beliau memberikan sedikit taklimat ringkas berhubung apa jua kemusykilan masyarakat.

Hadir sama Presiden PPUS, Dato’ Abidin Sukor dan beberapa ahli jawatankuasa badan NGO berkenaan termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan. – NewSabahTimes

KEMUSYKILAN ... Ismail mendengar kemusykilan orang awam yang hadir ke program dialog bersama JPN sambil diperhatikan Abidin (berdiri, kanan).

KEMUSYKILAN … Ismail mendengar kemusykilan orang awam yang hadir ke program dialog bersama JPN sambil diperhatikan Abidin (berdiri, kanan).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan