Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPN Sabah diarah siasat sekolah tidak lengkap infrastruktur

IMG-20150228-WA0021

KOTA KINABALU  – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan beliau telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri untuk meneliti laporan beberapa sekolah di Sabah yang tidak dilengkapi infrastruktur termasuk ketiadaan dinding dan terpaksa belajar dalam khemah.

Menurut Musa, beliau sendiri sudah memberikan arahan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip agar bertindak segera bagi menyiasat punca kejadian ketiadaan kemudahan prasarana lengkap sehingga mengakibatkan para pelajar sekolah berkenaan mengikuti sesi pelajaran tanpa dinding serta ada yang terpaksa menggunakan khemah.

“Saya sendiri telah berhubung dengan Datuk Jame untuk mengetahui dan menjelaskan situasi ini. Keadaan ini tidak boleh diterima dan sudah semestinya ia tidak kondusif dari segi persekitaran pembelajarannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Musa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa agar menyiasat dan mengambil tindakan berhubung dakwaan wujud sebuah sekolah beroperasi tanpa infrastruktur lengkap dan keadaan kelas tidak berdinding di Tuaran.

Sehubungan itu, Musa berharap, pihak wajib sentiasa memantau keadaan sekolah di negeri ini bagi memastikan mereka menepati syarat dan standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan