Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPKN Sabah Sasar Tingkat 90 Peratus Perkhidmatan Dalam Talian Sektor Awam

JPKNS

SANDAKAN: Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Sabah menyasarkan pencapaian perkhidmatan dalam talian sektor awam meningkat kepada 90 peratus sehingga hujung tahun ini.

Pengarah JPKN Sabah Mingu Jumaan berkata pencapaian ini perlu ditingkatkan kerana rakyat Malaysia hari ini semakin peka, berpendidikan tinggi dan mempunyai ekspektasi tinggi terhadap perkhidmatan awam

“Masyarakat sekarang lebih suka memilih perkhidmatan dalam talian yang boleh diakses dari rumah atau di mana sahaja tanpa perlu ke pejabat agensi tertentu untuk menyelesaikan urusan seharian mereka,” katanya kepada Bernama selepas Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sektor Awam Wilayah Sandakan di sini Khamis.

Katanya peningkatan pencapaian ini juga perlu untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi dan berinovasi.

Beliau berkata berdasarkan laporan status perkhidmatan online setakat Mac lepas, perkhidmatan kerajaan yang telah diaplikasikan secara dalam talian di Sabah sudah mencapai 83 peratus dan ia merupakan yang kedua tertinggi selepas negeri Perak.

“Ini adalah satu pencapaian yang memberangsangkan, namun masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk memastikan pencapaian berkenaan sentiasa di tahap yang cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa penjawat awam di Sabah untuk sentiasa celik teknologi maklumat dan komunikasi untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan sektor perkhidmatan awam yang semakin maju. Kira-kira 100 panjawat awam dari pelbagai agensi menghadiri seminar sehari itu.

Komen


Berita Berkaitan