Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPK tekad sokong pembangunan modal insan

KOTA KI

Azmi (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima sijil SLDN - foto Fotobest Kolombong
Azmi (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama penerima sijil SLDN – foto Fotobest Kolombong

NABALU- Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertekad membantu mengatasi permintaan pihak industri yang mementingkan kepelbagaian kemahiran dalam kalangan pekerja dengan pengenalan latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Pengarah JPK Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Azmi Pelah berkata, SLDN merupakan latihan yang berorentasikan industri yang menggabungkan latihan di tempat kerja dengan latihan di institusi.

“Kontrak ditandatangani antara syarikat dengan perantis sebelum latihan dijalankan, perantis juga diberi elaun sebanyak RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, ciri istimewa dalam SLDN ialah memberi keperluan untuk jurulatih dan pengajar menggabungkan nilai kemahiran sosial dan kemanusiaan di samping kemahiran pembelajaran secara jelas dalam proses pengajaran.

Katanya, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut dialu-alukan memohon untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan bagi melengkapkan lagi mereka dengan pelbagai kemahiran.

Tambahnya, pada tahun 2015 sebanyak 34 penyedia latihan telah menyertai Pprogram SLDN yang melibatkan 440 pelajar yang merangkumi 26 program yang ditawarkan.

“SLDN juga mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran dan sebanyak 13 skim perkhidmatan yang melibatkan kelayakan SKM telah diiktiraf JPA membolehkan para pemegang SKM ditawarkan berkerja di sektor perkhidmatan awam di Malaysia,” katanya.

Beliau berharap agar pusat latihan terus menyokong sistem latihan kemahiran secara SLDN dan menyokong pembangunan modal insan di Sabah. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan