Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPJ sedia kaji semula mutu pelekat cukai jalan

pelekat roadtax

HULU TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia mengkaji semula tahap kualiti pelekat cukai jalan dan melakukan penambahbaikan bagi memastikan ia  lebih tahan lama.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya akan menilai dan mengkaji semula pelekat itu berikutan dakwaan ia cepat pudar serta mudah koyak.

“Kita akan lihat semula perkara ini dan pastikan pelekat dikeluarkan pada masa akan datang, tidak mudah luntur tulisannya atau tertanggal apabila dilekatkan pada cermin.

“Selaras dengan itu juga, penambahbaikan akan dibuat. Kalau ada kerosakan terutama disebabkan faktor tersebut, pengguna boleh menukar pelekat cukai jalan secara percuma di kaunter JPJ,” katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas keluhan pemilik kenderaan berhubung pelekat cukai jalan yang kurang bermutu kerana mudah bergulung.

Terdahulu, Ismail menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ melibatkan 366 peserta, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie.

Dalam perkembangan lain, Ismail memaklumkan, pihaknya menyasarkan satu juta penyertaan anak muda dalam Skuad Muda 1JPJ di seluruh negara bagi tempoh antara dua hingga tiga tahun akan datang.

“Sejak ditubuhkan 31 Ogos tahun lalu, penyertaan diterima ialah seramai  38,000 ahli dan bilangan tersebut pasti bertambah pada masa akan datang,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan