Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

JPJ Sasar 1 Juta Anggota Skuad Muda Menjelang 2020

4:03pm 18/04/2016 Pak Roshan 9 views Mutakhir,Nasional
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

TAIPING – Sebanyak 1 juta belia disasar menganggotai sukarelawan Skuad Muda 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelang 2020, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata ketika ini, JPJ mempunyai 300,000 anggota di seluruh negara dengan 100,000 daripadanya merupakan anggota secara individu manakala selebihnya mendaftar melalui 196 persatuan permotoran yang bergabung di bawah skuad itu.

“Kita menyasarkan 500,000 anggota Skuad Muda 1 JPJ menjelang tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari JPJ kali ke-70 peringkat negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha menambah keahlian skuad muda itu merupakan satu gerakan gelombang kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai tanggungjawab untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Sukarelawan skuad ini dapat mengajak komuniti setempat mematuhi peraturan jalan raya bagi mengurangkan berlakunya kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap Ismail berkata dalam usaha mendidik pelajar berdisiplin dan berhemah ketika di jalan raya, JPJ mewujudkan kadet JPJ di 17 sekolah dengan penyertaan seramai 600 pelajar pada 2015.

“Sebanyak 200 sekolah dengan 8,000 pelajar akan menyertai Kadet JPJ tahun ini dan kita sasarkan 65,000 pelajar akan menjadi Kadet JPJ pada tahun depan manakala menjelang 2020 seramai 100,000 pelajar,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan