Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

JPJ Sabah Kutip Lebih RM3 Juta Kompaun Dari Jan-Mei

jpjsabah

KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah merekod kutipan kompaun RM3,059,130 menerusi 36,629 notis yang dikeluarkan antara Januari hingga Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Sabah, Datuk Yusof Ayob berkata jumlah kutipan denda mahkamah yang dikeluarkan pula berjumlah RM1,005,790.

Beliau berkata sepanjang tempoh itu, 15,877 kes dicatat berhubung kesalahan lesen memandu dan 5,023 kes berkaitan lesen kenderaan motor (LKM)/cukai jalan.

Katanya tujuh kesalahan utama yang dikesan dilakukan pemandu ialah tidak memakai tali pinggang keledar (1,048 kes), memotong garisan berkembar (801 kes), potong barisan (617 kes), tidak mematuhi lampu isyarat (560 kes), menggunakan telefon bimbit (149 kes), tidak memakai topi keledar (73 kes) dan menggunakan lorong kecemasan (53 kes).

Selain itu, menggunakan cermin gelap (4,509 kes), nombor pendaftaran (951 kes), ubai suai kenderaan (705 kes) dan pemasangan lampu putih (278 kes).

JPJ melakukan operasi di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mini Putrajaya, Likas malam tadi yang memeriksa 290 kenderaan.

Yusof berkata 70 buah kereta diambil tindakan dan tiga motosikal disita atas pelbagai kesalahan dan sebanyak 106 notis amaran turut dikeluarkan.

Komen


Berita Berkaitan